KPN: Peguam Suspek Curi Telefon Plaza Lowyat ' TIDAK CERDIK'

Sebelum ini, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu dalam satu sidang media bahawa rakan subahat suspek curi telefon yang mencetuskan pergaduhan di Plaza Lowyat telah mereka cerita mengenai telefon klon dan kes tersebut hanya merupakan satu kes kecurian, bukan kes penipuan peniaga.


Bagaimanapun, peguam suspek curi telefon dan rakan subahat suspek telah membuat satu sidang media mendakwa KPN menipu berkenaan kes tersebut. Peguam itu, Khairul Azam Abdul Aziz, mendakwa rakan subahat suspek menafikan berada di tempat kejadian sewaktu kecurian itu berlaku dan tidak pernah mereka cerita berkenaan telefon klon dan memberitahunya kepada penulis blog.
Lapor The Star, KPN dalam satu kenyataan terbaru bagaimanapun membidas Khairul Azam, mendakwa peguam itu tidak cerdik dan mempunyai &#8#8216;niat lain’.



Orang yang kena tangkap boleh cakap apa saja untuk melepaskan tengkuk dia. Kalau kita hendak percaya cakap orang yang telah dituduh dan juga telah didapati positif dadah dalam urinnya, percayalah.

Peguam ini juga ada niat lain yang tidak baik. Peguam yang cerdik tidak akan buat begitu.
Suspek curi telefon tersebut, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, merupakan seorang penganggur. Dia telah didakwa di mahkamah pada 14 Julai atas pertuduhan mencuri sebuah telefon berharga RM 800 di plaza Lowyat setelah direman sejak Sabtu. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dari lokap dengan ikat jamin RM 3000.

Hakim Nur Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan 14 Ogos ini sebagai tarikh perdengaran perbicaraan.

Shahrul mengaku bersalah dua kali semasa pertuduhan dibacakan terhadapnya, bagaimanapun menukar pengakuan kepada tidak bersalah pada bacaan pertuduhan ketiga.

Contact Form

Name

Email *

Message *