Rakan Dedah Punca Kejadian Sebenar Kemalangan Maut Pasangan Suami Isteri (6 Foto)


PORT DICKSON - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Lebuhraya Port Dickson-Seremban kira-kira jam 4 pagi tadi.Difahamkan, mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, maut di tempat kejadian sementara suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.Sumber memberitahu, siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa tinggi yang dibonceng Shamasrol hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan selepas isterinya mengantuk.“Akibat daripada itu, leher mangsa (Nor Azina) terseret di atas besi penghadang jalan manakala Shamasrol tercampak dan turut terkena besi penghadang jalan menyebabkan putus tangan kiri di paras siku.
Sumber Info:Nurulatiq Ahmad Bandi (1.407863)
5 Julai 2015 @5:56pm


===============================
KEMASKINI ARTIKEL

Port Dickson: Wanita maut dengan kepala terputus manakala suaminya hilang tangan kiri selepas motosikal dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan, di Kilometer 14.2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson arah Seremban, 4.45 pagi tadi.

Mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, yang membonceng maut di tempat kejadian manakala suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.Difahamkan, kemalangan berlaku pada 4.45 pagi tadi ketika mangsa dan suami menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Selangor.Sebaik tiba di tempat kejadian, Nor Azina dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.Kemalangan itu mengakibat leher Nor Azina terkena pada besi penghadang jalan sebelum terputus dan bergolek ke kanan jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sumber Info:Mohd Khidir Zakaria (node 62267)
Ahad, 5 Julai 2015 @ 9:35 PM


Assalamualaikum Ydh Dato Sri/Dato/Tuan.


LAPORAN KEMALANGAN MAUT.

1. Tkh: 5/07/2015
2. Masa: 0400Hrs
3. Lokasi:  KM 14.1 L/Raya SPDH hala ke seremban (Kawasan port dickson)

Ringkasan/Siasatan Awal:
Pada 04/7/2015 jam lbh krg 0400hrs telah berlaku kemalangan maut  di KM 14.1 arah ke  Seremban.Kemalangan  melibatkan 1 m/sikal no pendaftaran WYD 6147 m/sikal jenis naza blade 650 terbabas di naiki 1(L) melayu/suami dan 1(P) melayu/isteri.  terbabas  di sebelah kiri jalan.1 (p) melayu maut di lokasi kejadian .


Butir-butir Simati/penumpang:

1. Nama:NOR AZINA BT MOHD RATKI
No K/P: 760213085****
Alamat:c-04-03 impian baiduri jalan 224 seksyen 51 A 46100  petaling jaya selangor

Siasatan tmpt kjdian:

-Jalan lurus dan gelap
-Permukaan jln: baik
-Keadaan cuaca baik/gelap
-Keadaan lalulintas lancar.
                       
IO: INSP MOHD RIDZUAN  BIN MOHD AWIN (G 19574)
(H/P :019-3803462)
TRAFIK IPD PORT DICKSON.
Utk mkluman .







Contact Form

Name

Email *

Message *