Zaman Tun M Lagi Banyak Masalah – Najib


“Ingat masa Tun M (Tun Dr. Mahathir Mohamad) tiada masalah. Zaman dia lagi banyak masalah cuma saya tak cakap, buka pekung di dada nanti merugikan kita”.

Demikian reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siri serang balasnya terhadap kritikan dan desakan Tun M supaya beliau meletakkan jawatan.

Beliau berkata, tidak mahu mendedahkan kepincangan era pemerintahan Tun M kerana ia boleh menjejaskan parti.

“Kita mahu menyelamatkan parti dan yakin masalah dalaman parti boleh diselesaikan menerusi rundingan bersama.

“Kita nak jaga parti… parti adalah penyelamat kita. Jangan binasakan UMNO, sayangkan Umno.

“Kalau kita ada masalah kita betulkan, kita runding bersama. Saya yakin tak ada benda yang tak boleh diselesaikan termasuk 1MDB,” katanya pada majlis sepetang bersama veteran UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Perdana Menteri turut membidas tindakan Tun M dengan menegaskan beliau adalah Presiden UMNO pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu.

“Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus… lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah.

“Sebab itu dia (Tun Dr. Mahatir) boleh kekal 22 tahun…kalau saya nak kekal 22 tahun pun boleh tetapi saya nak dipilih dengan ikhlas… dipilih dengan demokratik. Tapi kenapa ganggu saya?,” katanya.

http://sokmo.net/2015/05/18/zaman-tun-m-lagi-banyak-masalah-najib/

Contact Form

Name

Email *

Message *