Isu Dana RM2.6 Bilion: "Ianya Dah Selesaiii.." - Najib



Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan tentang isu RM2.6 bilion di dalam akaunnya.

Najib Razak memberitahu kes itu dah selesai setelah pihak SPRM mengesahkan dana tersebut bukan rasuah tetapi derma dari Timur Tengah.

Video dari Astro Awani itu menunjukkan sedikit ucapan Najib Razak ketika merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak baru-baru ini.

Ini antara ucapan Najib:

"Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara, saya Perdana Menteri yang akan dipertanggungjawab atas apa saja yang saya lakukan. Dan saya terima (dana) pun bukan kerana saya bagi kontrak,"

"Sebagai Presiden, saya kutip dana untuk kepentingan parti. Zaman dulu saya banyak (beri) pertolongan pada bahagian, haji, banyak rumah pulih, bahagian dapat tiap bulan, pentadbiran. Jangan bila saya diserang kita tuang minyak.

"Sebab itu SPRM sudah kata, itu bukan rasuah dan bukan duit 1MDB. Selesai. Ia dah selesai,"

Tonton video penuh di bawah:


SPRM sahkan derma saya peroleh bukan rasuah - Najib
Posted by Malaysia Media Terkini on Sunday, August 9, 2015

Contact Form

Name

Email *

Message *