Menurut portal Agenda Daily yang memetik sumber polis, kes tersebut hanya disedari setelah kanak-kanak berkenaan mengadu sakit perut sebelum dikejarkan ke klinik tersebut.
Selepas pemeriksaan, dia disahkan mengandung dan sakitnya itu disebabkan ingin melahirkan anak.
“Hasil maklumat awal, kanak-kanak itu tunggal bersama neneknya di pekan Bahau. Siasatan lanjut berhubung perkara ini masih dijalankan.”